Sila log masuk terlebih dahulu.

Tujuh jalan ditutup di Pasir Mas, Tanah Merah

Air melimpah di tujuh jalan raya di daerah Pasir Mas menyebabkan ia terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan. -  Foto sumber internet
Air melimpah di tujuh jalan raya di daerah Pasir Mas menyebabkan ia terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan. - Foto sumber internet
A
A
A

KOTA BHARU - Tujuh jalan raya di Pasir Mas dan Tanah Merah ditutup kepada semua jenis kenderaan termasuk dua ditutup kepada kenderaan ringan kerana limpahan banjir pada Selasa.

Mengikut portal ebanjir.kelantan.gov.my setakat jam 9.34 pagi, lima jalan raya yang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan di Pasir Mas ialah Jalan Balai Polis Jeram Perdah di kilometer (KM) 0.77, Jalan Banggol Kulim Rantau Panjang (KM 0.6 - 1.10), Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang (KM 3- 3.8), Jalan Sekolah Cina (KM 0 - 0.4) dan Jalan SK Gual Tok Deh (KM 0.05 - 0.9).

Dua jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah (KM 22-23) di Pasir Mas dan jalan ke loji membersih air Bukit Remah (KM 0.25 - 0.76) di Tanah Merah.

Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh (KM 2.1 - 2.7) di Tanah Merah dibuka pada Selasa berbanding yang ditutup sebelum ini.

Tiga lagi jalan iaitu Jalan Jirat di Kuala Krai, Jalan Kampung Pahi dan Kampung Kuala Nal pula diletakkan papan tanda amaran supaya pengguna berwaspada ketika melalui jalan berkenaan.

Sementara itu, portal yang dikemaskini pada jam 9.16 pagi Selasa, lima sungai di negeri ini berada melebihi paras bahaya antara tiga meter sehingga 35 meter iaitu di Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang dan Sungai Kelantan di Tangga Krai, Jambatan Guillemard, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Semerak di Pasir Puteh.

Jumlah mangsa banjir menurut InfoBencana JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikemaskini pada jam 10.15 pagi Selasa menurun kepada 3395 orang berbanding 3,806 di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini pada Isnin.

Mangsa termasuk 1,089 kanak-kanak dan 107 bayi manakala warga emas 140 serta Orang Kurang Upaya (OKU) sejumlah 25 individu.

Artikel Berkaitan: