Cunna Pretty produk patuh syariah

Fatin Pauzi menunjukkan produk Cunna Pretty yang dihasilkan menerusi bahan semulajadi.
Fatin Pauzi menunjukkan produk Cunna Pretty yang dihasilkan menerusi bahan semulajadi.
A
A
A

Mikayla Infinity bantu tambah pendapatan ejen menerusi konsep Islamik

DUNGUN - Pengeluar produk penjagaan badan dan kecantikan berjenama Cunna Pretty, Mikayla Infinity Sdn Bhd (Mikayla Infinity) berhasrat menjadi peneraju kepada syarikat kosmetik mesra Muslim dan patuh syariah.

Syarikat yang bertapak sejak tahun 2017 itu juga mahu memastikan sebahagian keuntungan jualan produk Cunna Pretty turut disumbangkan kepada pembangunan ummah dan institusi agama Islam negara ini agar Islam terus subur.

Pengasasnya, Fatin Adawiyah Mohamad Pauzi (Fatin Pauzi), 33, berkata, hasrat itu diterjemahkan dengan pengeluaran produk, kaedah jualan dan promosi berlandaskan syariat Islam seperti tidak menggunakan model berpakaian menjolok mata.

“Walaupun menjual produk kurus, saya tidak menggunakan poster yang menunjukkan gambar tubuh dan model tunjuk badan serta mendedahkan aurat semata-mata untuk meraih perhatian pelanggan.

“Begitu juga dengan acara makan malam tahunan atau pelancaran produk, majlis diadakan dengan penuh keberkatan seperti bacaan al-Quran, berselawat dan turut dihadiri para ulama.

“Saya mahu membawa syarikat ini ke arah kebaikan. Kita masih dapat meraih kejayaan luar biasa dalam berniaga dengan menjalankan perniagaan yang patuh syariah,” katanya kepada Sinar Harian.

Berkongsi kisah permulaan perniagaan Cunna Pretty, Fatin Pauzi bergelar usahawan bermula dari rumahnya di Kuantan, Pahang dengan modal sebanyak RM1,000 pada empat tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

LipoBuster Cream dihasilkan dengan keistimewaan yang tersendiri.
LipoBuster Cream dihasilkan dengan keistimewaan yang tersendiri.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, minatnya terhadap usaha menguruskan badan tanpa perlu menggunakan pil berbahaya memberi inspirasi untuk mengeluarkan produk mandian kurus.

“Orang pasti tertanya-tanya adakah benar mandian boleh membantu kuruskan badan. Hasil kajian dibuat, essential oil (pati minyak) sebenarnya boleh meresap ke dalam kulit badan dan ia masih boleh berfungsi dengan baik meskipun diproses berbentuk sabun.

“Mengambil amalan orang dulu-dulu yang menjaga bentuk badan menggunakan serai dan halia, saya menggunakan pati minyak serai bagi menghasilkan produk pertama iaitu mandian kurus Zumba BodyWash,” katanya.

Suaminya, Khairul Azmi Abdullah, 39, orang pertama menggunakan mandian tersebut dan berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 5kg selepas menggunakan 3 botol Sabun.

Kukuhkan perniagaan

Fatin Pauzi (duduk, tengah) bersama kakitangannya menerapkan konsep Islamik sebagai pendekatan utama syarikat dan produk.
Fatin Pauzi (duduk, tengah) bersama kakitangannya menerapkan konsep Islamik sebagai pendekatan utama syarikat dan produk.

Beliau terus mengorak langkah menyebarkan kebaikan mandian istimewa keluaran Cunna Pretty melalui pelbagai platform media sosial.

Dalam tempoh setahun enam bulan, dia berjaya mencapai jualan enam angka sebulan dan syarikatnya terus berkembang dengan menyewa sebuah premis di Paka untuk dijadikan pejabat urusan Cunna Pretty.

Cunna Pretty kini mempunyai tiga produk iaitu Zumba BodyWash dan produk baharu LipoBuster Cream serta pelembap Expy Face Butter.

Beberapa produk baharu iaitu minuman pelangsing dan rangkaian penjagaan kulit seperti pencuci muka serta krim pelindung cahaya matahari akan dikeluarkan pada tahun depan.

“Saya merancang untuk menghasilkan produk solekan mesra solat untuk Muslimah yang tidak mahu bersolek berlebihan,” katanya.

Semua produk keluaran syarikatnya dihasilkan dengan menggunakan bahan semula jadi dan boleh digunakan dalam tempoh jangka masa panjang.

Katanya, pengguna tidak perlu bimbang kerana produk Cunna Pretty hanya menggunakan bahan semulajadi.

“Produk ini juga dapat menyelesaikan masalah kulit gelebeh. Selain itu, harganya mampu milik dan boleh dibeli setiap bulan,” katanya.

Sasar 3,000 ejen

Produk keluaran Cunna Pretty yang mendapat sambutan hangat di pasaran.
Produk keluaran Cunna Pretty yang mendapat sambutan hangat di pasaran.

Cunna Pretty yang menjadi revolusi baharu dalam dunia kecantikan diuruskan beliau bersama suami dan dibantu sembilan kakitangan.

Mereka mempunyai 130 ejen di seluruh negara dengan capaian jualan melebihi RM1 juta setahun.

Dengan penambahan jumlah produk baharu pada tahun depan, pihaknya menyasarkan hasil jualan sehingga RM1 juta sebulan.

Oleh itu, pihaknya mengalu-alukan penyertaan ejen baharu sebagai Team Srikandi Cunna Pretty.

“Modal permulaan sebagai ejen hanya serendah RM300 dan mereka akan mendapat 10 unit produk. Mereka akan dibimbing dan diajar cara untuk menjual semua produk dan berjaya dihabiskan dalam masa seminggu walaupun tidak pernah berniaga.

“Ada yang berjaya memperoleh jualan enam angka setahun. Ada yang mampu membantu ibu bapa dan suami tambah pendapatan, bayar hutang dan menambah aset,” katanya.

Beliau juga menyasarkan untuk merekrut 3,000 orang khususnya wanita hanya dari rumah dengan menjadi ejen Cunna Pretty.

Ejen bukan hanya mendapat ilmu mengenai teknik pemasaran dan jualan produk malah turut diberi motivasi kerohanian bagi mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Ilmu yang diperolehi dari guru beliau iaitu Syeikhuna Abuya Abu Aswad Ibnu Zakaria Al-Kubra turut disebarkan kepada ejen bagi memastikan kehidupan mereka seimbang antara dunia dan akhirat.

“Saya tekankan kerohanian, adab dan akhlak dalam Cunna Pretty kerana sebelum ini saya berniaga dalam depresi. Apabila dekat dengan agama, perubahan besar berlaku dalam hidup saya.

“Apabila diri diberi pendekatan rohani, ia bukan hanya mengubah kewangan malah kehidupan.

“Ramai lelaki puji isteri mereka pandai menguruskan emosi selepas menjadi ejen Cunna Pretty. Bagi saya, perniagaan yang tidak berlandaskan syariat tidak akan mampu memberi kejayaan sebenar,” katanya.

Mereka yang berminat mendapatkan produk atau mahu menjadi ejen Cunna Pretty boleh hubungi talian 011-19860861 atau layari facebook dan Instagram.

PROFIL

Nama: Fatin Pauzi

Nama syarikat: Mikayla Infinity Sdn Bhd,

No phone: 011-19860861 (hotline)

Facebook: https://www.facebook.com/cunnapretty/

Instagram - https://instagram.com/cunnapretty_hq