Nadal positif Covid-19

Rafael Nadal
Rafael Nadal
A
A
A

BINTANG tenis Sepanyol, Rafael Nadal disahkan positif Covid-19 sekali gus menimbulkan persoalan mengenai penyertaannya di Terbuka Australia yang bermula 3 Januari depan.

Perkara tersebut disahkan bekas pemain nombor satu dunia dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya semalam dan kini sedang menjalani kuarantin di rumahnya.

"Saya ingin mengumumkan bahawa sekembalinya saya ke tanah air selepas bermain kejohanan Abu Dhabi, saya telah diuji positif untuk Covid-19 selepas melakukan ujian PCR sebaik tiba di Sepanyol.

"Saya kini berada di rumah dan telah melaporkan individu yang mempunyai kontak rapat dengan saya.

"Akibat daripada situasi ini, saya perlu merombak semula perancangan saya untuk tahun hadapan dan saya akan menganalisis pilihan saya. Saya akan memaklumkan anda tentang sebarang keputusan mengenai kejohanan yang akan saya sertai," katanya.

Terdahulu, Juara Grand Slam 20 kali itu bermain di Kejohanan Tenis Mubadala di Abu Dhabi untuk menguji kakinya yang sebelum ini mengalami kecederaan sambil menyifatkan misinya berjaya walaupun mengalami kekalahan berturut-turut sekembalinya daripada kecederaan kaki.

Nadal yang hanya beraksi dalam dua perlawanan sejak tewas kepada Novak Djokovic pada separuh akhir Terbuka Perancis pada Jun lalu menguji masalah kecederaan kaki yang dialaminya dengan menentang Andy Murray dan Denis Shapovalov.

Bagaimanapun, rancangan pemain berusia 35 tahun itu untuk beraksi di Terbuka Australia pada awal Januari nyata kurang memakan diri selepas disahkan positif Covid-19 sebaik mendarat di negara asalnya pada Isnin.

Artikel Berkaitan: