X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

ASWA saran kerajaan iktiraf status ibu 'tinggal'

Pengerusi ASWA, Wan Azliana Wan Adnan
A
A

KUALA TERENGGANU - Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA) mencadangkan kerajaan dapat mengiktiraf status 'ibu tinggal' agar nasib golongan ini turut terbela sepertimana golongan ibu tunggal.

Pengerusinya, Wan Azliana Wan Adnan berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sewajarnya menyediakan skim bantuan khas untuk golongan ibu 'tinggal' itu terutamanya bagi golongan B40 agar dapat meringankan bebanan mereka.

"Diakui masyarakat hari ini masih ramai tidak sedar dengan kewujudan golongan ibu ' tinggal' yang biasa dirujuk kepada golongan ibu yang masih belum sah diceraikan dan ditinggalkan suami dengan pengabaian tanpa nafkah.

"Selaku badan bukan kerajaan (NGO), kami sentiasa menerima aduan daripada golongan ibu tinggal' yang memerlukan khidmat nasihat terutama berkenaan proses penceraian di mahkamah. Ada dalam kalangan mereka mengadu, sudah ditinggalkan suami tanpa nafkah berbulan-bulan.

"Jadi sepanjang tempoh pengabaian, ada dalam kalangan mereka terpaksa bertungkus lumus bekerja siang dan malam bagi menyara kehidupan seharian anak-anak yang ditinggalkan begitu sahaja," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau selaku peguam bela turut berpendapat, golongan ibu 'tinggal' perlu diberikan bantuan selayaknya kerana sepanjang tempoh pengabaian, mereka tidak diberikan nafkah oleh suami dan ditinggalkan begitu sahaja.

"Majoriti dalam kalangan golongan ibu 'tinggal' ini menjadi mangsa dera dan mangsa keganasan rumah tangga oleh suami tidak bertanggungjawab ini," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!