Nahas 10 maut: Pemandu treler didakwa di mahkamah esok

Kemalangan yang mengorbankan 10 nyawa di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam pada Sabtu lepas.
Kemalangan yang mengorbankan 10 nyawa di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam pada Sabtu lepas.
A
A
A

SUBANG JAYA - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 10 mangsa di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, akan didakwa di mahkamah pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan diserahkan ke Pejabat Peguam Negara.

"Susulan itu, suspek berusia 37 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam esok mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Sabtu, media melaporkan 10 individu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler berhampiran R&R USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam.

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya, selain seorang lelaki.

Treler itu dipercayai merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan disebabkan salah satu daripadanya mengalami kerosakan.

Dua kereta lain ketika itu berhenti untuk memberi bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dinaiki 9 beranak maut dirempuh treler ketika 'jumper' bateri

Artikel Berkaitan:

10 maut kemalangan babit tiga kereta, sebuah treler