Lapan agenda perubahan pacu transformasi ekonomi negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) dan Noor Azlan (kanan) telah menyerahkan dokumen Resetting Malaysia: Aligning to The New Economic Landscape kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mesyuarat EAC pada Isnin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) dan Noor Azlan (kanan) telah menyerahkan dokumen Resetting Malaysia: Aligning to The New Economic Landscape kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mesyuarat EAC pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Lapan agenda perubahan dalam dokumen 'Resetting Malaysia: Aligning to The New Economic Landscape' telah digariskan sekumpulan pakar ekonomi untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sebagai teras strategik dalam memacu transformasi ekonomi negara.

Pengarah Eksekutif Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, agenda perubahan yang dicadangkan itu bertepatan dengan landskap ekonomi baharu pasca krisis Covid-19.

Menurutnya, ia merangkumi aspek pendigitalan ekonomi, aplikasi teknologi termaju, penyusunan strategi globalisasi, pengukuhan tanggungjawab bersama, tadbir urus dan kelestarian, penyediaan bakat, pemerkasaan perkhidmatan awam dan pasaran yang adil serta kompetitif, menangani kerentanan dan transformasi korporat.

"Pendekatan ini diambil bagi memastikan cadangan yang konklusif dan menyeluruh dibuat berasaskan pengalaman, pemerhatian dan pandangan semua pihak susulan daripada krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.

"Cadangan perubahan tertumpu kepada aspek struktur yang diperlukan untuk Malaysia terus cemerlang selaras dengan landskap ekonomi baharu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dokumen tersebut adalah laporan hasil kajian daripada sesi libat urus dan bengkel intensif bersama kementerian dan agensi kerajaan, sektor swasta, ahli akademik serta pemegang taruh daripada pelbagai industri dan institusi yang telah diadakan dalam sejak tahun lepas.

Dokumen dengan 143 muka surat itu turut menyenaraikan 30 fokus utama dan 153 inisiatif perubahan yang disyorkan oleh Sekretariat EAC.

Artikel Berkaitan: