Thailand mahu jadikan tarian rakyat sebagai warisan dunia Unesco

Tarian Nora yang sering dimainkan oleh masyarakat di empat wilayah di selatan iaitu Phattalung, Trang, Nakhon Si Thammarat dan Songkhla.
Tarian Nora yang sering dimainkan oleh masyarakat di empat wilayah di selatan iaitu Phattalung, Trang, Nakhon Si Thammarat dan Songkhla.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Kabinet Thailand semalam meluluskan cadangan Kementerian Kebudayaan untuk menjadikan tarian rakyat di wilayah selatan negara itu sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Persatuan Bangsa Bersatu (Unesco).

Penolong Jurucakap Kerajaan, Kolonel Athisit Chainuwat berkata, di bawah pelan diluluskan, Kementerian Kebudayaan mencadangkan tarian 'Nora' yang sering dimainkan oleh masyarakat di empat wilayah di selatan iaitu Phattalung, Trang, Nakhon Si Thammarat dan Songkhla, menjadi warisan dunia Unesco.

Permohonan bertulis mengenai cadangan itu akan dikemukakan kepada Unesco menjelang akhir bulan ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: