FAM ambil tanggungjawab kegagalan Harimau Malaya

Cheng Hoe gagal membawa skuad Harimau Malaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 selepas tumbang di tangan Indonesia pada Ahad.- FOTO: FB FAM
Cheng Hoe gagal membawa skuad Harimau Malaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 selepas tumbang di tangan Indonesia pada Ahad.- FOTO: FB FAM
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan skuad Harimau Malaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya sudah mengarahkan siasatan dijalankan bagi meneliti semula punca kegagalan Harimau Malaya pada kejohanan dwi tahunan itu.

Menurutnya, hasil laporan itu akan diteliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan sebelum dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kelak.

“FAM menerima tanggungjawab sepenuhnya susulan kegagalan pasukan kebangsaan mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki edisi 2020 di Singapura.

“Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengarahkan pengurusan pasukan kebangsaan untuk mengemukakan laporan bedah siasat dan analisis lengkap mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

“Laporan bedah siasat itu akan diteliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan sebelum dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kelak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe gagal mara ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 selepas tumbang kepada 1-4 kepada Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan B semalam.

Kegagalan itu sekali gus menyaksikan Harimau Malaya turut gagal melepasi sasaran yang ditetapkan FAM untuk mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut selepas edisi 2018.

Artikel Berkaitan: