20,000 pasang kasut hangus

Api di lokasi kejadian sedang marak.
Api di lokasi kejadian sedang marak.
A
A
A

HULU SELANGOR - Jeritan api menyebabkan kira-kira 20 pekerja panik, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila sebuah kilang simpanan plastik dan barang kitar semula terbakar di Bukit Sentosa di sini, hari ini.

Seorang pekerja warga asing berusia lingkungan 30-an dia sedang bekerja di kilang bersebelahan ketika mendengar bunyi penggera kebakaran kira-kira jam 3.30 petang.

"Majikan jerit api, jadi saya dan pekerja lain lari keluar dan ternampak bumbung bangunan sebelah terbakar sebelum merebak ke kilang kasut tempat saya bekerja menyebabkan 20,000 pasang kasut tidak dapat diselamatkan, hangus terbakar.

"Hostel pekerja di bahagian atas kilang turut juga terbakar menyebabkan semua pakaian hangus tapi kami tak sempat selamatkan beberapa barangan seperti peti sejuk, kipas dan periuk elektrik," katanya.

Anggota bomba memadamkan kebakaran.
Anggota bomba memadamkan kebakaran.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 2.53 petang sebelum tiba ke lokasi sembilan minit kemudian.

"Seramai 33 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rawang; Batu Arang dan Tanjong Malim ke lokasi kejadian.

"Api berjaya dikawal jam 4.24 petang dengan bantuan bomba sukarela seramai 18 orang dan kerja bagi memadamkan keseluruhan api masih dilakukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, menurutnya, kebakaran membabitkan tiga kilang terdiri simpanan plastik dan barangan getah terbakar itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan punca kejadian masih dalam siasatan forensik bomba.

Anggota bomba memadamkan kebakaran.
Anggota bomba memadamkan kebakaran.