Lapan jemaah umrah Thailand positif Omicron

No Image Caption
A
A
A

BANGKOK - Lapan jemaah Thailand disahkan positif varian Omicron selepas pulang dari Mekah, Arab Saudi.

Terdapat dua kumpulan jemaah tiba masing-masing satu di Bangkok dan Phuket dan kesemua mereka ditempatkan di kemudahan kuarantin sejurus ketibaan.

Penasihat Chularatchamontri-Thailand, Preeda Chueaphudee berkata, seramai 30 warga Thailand pulang menunaikan umrah dan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 15 Disember.

Beliau berkata, semua jemaah menjalani kuarantin wajib di sebuah hospital di Bangkok.

“Keputusan ujian Covid-19 menunjukkan tujuh sampel positif varian Omicron.

“Kesemua lapan kes Omicron adalah kes import dan pesakit sedang menjalani kuarantin. Jadi, orang ramai tidak perlu panik,” katanya.

Sementara itu, pegawai kesihatan awam Phuket, Dr Kusak Kukiatkul berkata, seorang jemaah umrah Thailand yang tiba di Phuket disahkan positif varian Omicron selepas pulang dari Mekah pada 13 Disember.

Beliau berkata, lima daripada 137 jemaah yang tiba di Phuket disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pesakit yang mempunyai gejala ringan atau tidak bergejala dibenarkan pulang tetapi di bawah pengawasan rapat.

Bagaimanapun, pada 17 Dis, beliau berkata keputusan ujian penjujukan genom menunjukkan satu daripada lima pesakit Covid-19 positif varian Omicron.

Sementara itu, ketua pejabat kesihatan daerah Pattani, Dr Anurak Sarapap mengesahkan lelaki itu kembali dari Mekah dan kemudian meneruskan perjalanan ke Pattani.

“Ia kes Omicron pertama di wilayah itu. Pesakit itu kini dirawat di Hospital Khok Pho di Pattani,” katanya.

Sementara itu, media melaporkan penduduk tempatan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penduduk tempatan yang pulang dari Malaysia melalui sempadan darat.

Justeru, pihak berkuasa telah meningkatkan penguatkuasaan di sepanjang sempadan.

Bangkok Post melaporkan kira-kira 57 rakyat Thailand pulang yang dari Malaysia sedang menjalani kuarantin.

“Tiada kes Omicron dikesan dalam kalangan mereka,” katanya.- Bernama