Lebih ramai mangsa banjir berjaya dipindahkan: MB

Amirudin Shari. (Gambar Kanan) Tangkap layar Twitter Amirudin.
Amirudin Shari. (Gambar Kanan) Tangkap layar Twitter Amirudin.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih ramai mangsa banjir di kawasan Seri Muda dan Seksyen 25 di sini berjaya diselamat dan dipindahkan setakat jam 10.20 pagi, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau dalam ciapan di Twitternya memaklumkan, mangsa banjir terbabit berjaya dipindahkan dengan bantuan anggota dan aset agensi keselamatan.

"Kawasan Sri Muda dan Seksyen 25 Shah Alam lebih ramai dapat dikeluarkan dengan bantuan aset Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Bomba.

"Lebih 30 bot membantu untuk keluarkan mangsa dan air mulai surut pada kedalaman antara satu hingga dua meter namun ramai juga tidak mahu pindah.

"Tumpuan utama waktu ini adalah bekalan makanan," kata beliau yang turut berada di lokasi membantu memindahkan mangsa banjir di kawasan terjejas pada Ahad malam.

Pada Ahad, beliau berkata, sebanyak 90 peratus mangsa banjir di seluruh kawasan yang dilanda bencana banjir di Selangor berjaya diselamat dan dipindahkan.

Menteri Besar turut menyifatkan proses pemindahan penting berikutan penduduk di negeri itu kekurangan kelengkapan selain faktor keselamatan.

Beliau juga menjelaskan, penduduk Seksyen 23, 24, 25 di sini, sekitar lebih 1,000 orang yang masih dalam proses untuk diselamatkan.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, beliau mengakui usaha menyelamat berdepan cabaran kerana suasana gelap selain banyak kereta tersadai menyukarkan pergerakan bot.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Selangor redah banjir, bantu mangsa terkandas

Banjir: Kerja menyelamat penduduk Taman Sri Muda giat dijalankan

Ganding bahu selamatkan mangsa banjir di Taman Sri Muda