Covid-19: 19 kematian lagi direkodkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,044 orang, daripada 2.71 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, empat daripada 19 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 53,482 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 45,147 individu atau 84.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,013 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 3,932 kes dirawat di hospital dan 390 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 179 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 211 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani