Tottenham, Liverpool sama liat di London

Harry Kane mengakhiri kemarau gol liga selama dua bulan.
Harry Kane mengakhiri kemarau gol liga selama dua bulan.
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur dan Liverpool mempamerkan aksi berintensiti tinggi apabila melakar keputusan seri 2-2 dalam perlawanan klasik Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur menjelang Krismas selepas hujung minggu masing-masing terpalit insiden berkaitan Covid-19.

Kesilapan penjaga gol Liverpool, Alisson, menghadiahkan Tottenham talian hayat terbaik yang diterjemahkan Son Heung-min menerusi gol penyamaan pada minit ke-74', menyaksikan keputusan seri kelima buat Liverpool manakala kedua untuk Tottenham musim ini.

Aksi di London itu, Harry Kane terlebih dulu mengakhiri kemarau gol liga selama dua bulan untuk meletakkan Tottenham di hadapan selepas 13 minit perlawanan bermula sebelum Diogo Jota kembali menyegat apabila menyamakan kedudukan buat pelawat minit ke-35'.

Bersambung babak kedua, jaringan Andy Robertson pertengahan masa meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-69 memacu Liverpool diambang mencatatkan kemenangan kesembilan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Namun Son muncul penyelamat Tottenham apabila menjadikan kedudukan 2-2 ketika pelawat mengakhiri saingan dengan 10 pemain selepas Robertson dilayangkan kad merah kerana terjahan liar pada minit ke-77'.

Tottenham yang tidak beraksi selama dua minggu selepas dua perlawanan liga ditangguhkan selepas wabak Covid-19, mempamerkan persembahan bertenaga, namun mempersia-siakan deretan peluang merobek gawang Liverpool.

Keputusan seri meninggalkan Liverpool tiga mata di belakang Manchester City, manakala Tottenham berada di tempat ketujuh dengan 26 mata kurang tiga perlawanan.

KEPUTUSAN

Artikel Berkaitan:

Tottenham 2-2 Liverpool

Kane (13')

Diogo Jota (35')

Robertson (69')

Heung-Min Son (74')

Newcastle Utd 0-4 Manchester City

Rúben Dias (5')

João Cancelo (27')

Mahrez (63')

Sterling (86')

Wolves 0-0 Chelsea