Ular sawa sembunyi bawah tokong

Ular sawa seberat 30kg berjaya ditangkap APM Daerah Kuala Selangor.
A
A

DESA AMAN - Lebih sejam berhempas pulas, anggota sukarelawan APM akhirnya berjaya menangkap ular sawa seberat 30 kilogram (kg) yang bersembunyi di dalam longkang konkrit di sebuah tokong, di sini.

APM Daerah Kuala Selangor bergegas ke lokasi selepas dihubungi penduduk dengan penemuan ular sawa sepanjang 11 kaki itu jam 11.50 pagi, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Leftenan (PA) Ab Azizul Hakim Ab Rahim berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada jam 12.20 tengahari dan cuba menangkap ular yang bersembunyi di dalam longkang.

"Ular sawa itu disedari pekerja yang sedang menjalankan kerja baik pulih tokong terbabit dan pemeriksaan mendapati, ular terbabit berada di kedudukan yang agak dalam iaitu di bawah lapisan konkrit lantai tokong.

"Lantai konkrit dipecahkan untuk mengeluarkan ular menggunakan tali," katanya.

Ular sawa itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. end