Pencemaran kimia: Dengar arahan pihak berkuasa sahaja

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menggesa penduduk sekitar Pasir Gudang supaya tidak terpengaruh dengan laporan yang tular di media sosial mengenai isu pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim.

Pengerusi MCCF, Halim Ishak berkata, penduduk sepatutnya lebih peka dengan arahan pihak berkuasa memandangkan kesan pencemaran sisa bahan kimia itu berisiko tinggi terhadap kesihatan.

Menurutnya, pihaknya memandang serius isu ini lebih-lebih lagi apabila 13 buah sekolah diarahkan tutup.

"Mereka yang terdedah dengan pencemaran sisa toksik ini, disaran mendapatkan rawatan awal di hospital berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima bahan kimia dikenal pasti

Cemas, lagi pelajar mangsa pencemaran kimia

“MCCF juga mengharapkan isu ini dapat ditangani segera sekali gus tindakan undang-undang dikenakan kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengumumkan satu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi menangani isu pencemaran kimia ini.

Artikel Berkaitan: