Polis Kelantan perketat sempadan bantu jejak Long Tiger

Shafien menanda tangan perasmian Rumah PERKEP di IPD Jeli, Kelantan pada Ahad.
Shafien menanda tangan perasmian Rumah PERKEP di IPD Jeli, Kelantan pada Ahad.
A
A
A

JELI - Polis Kelantan akan mengetatkan kawalan sempadan bagi membantu menjejak lelaki Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada Rabu.

Long Tiger atau nama penuhnya, Abdul Hamim Ab Hamid, 32, meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada jam 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kawalan berkenaan bertujuan mengesan dan mengekang pergerakan yang mencurigakan di kawasan utama yang dipercayai boleh dilalui penjenayah.

"Kita akan meningkatkan kawalan sempadan untuk mengekang pergerakan selain melakukan pemeriksaan yang lebih terperinci di kawasan berkenaan," katanya selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di sini pada Ahad.

Dalam masa sama, beliau turut merasmikan pembukaan Rumah Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Jeli selain turut meluangkan masa meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Jeli 1 di sini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Long Tiger telah diambil oleh pihak polis di penjara Sungai Udang, Melaka untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.



Prosiding yang sepatutnya bermula pada jam 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguambela tertuduh.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis yang membawa suspek ke mahkamah menyedari lelaki itu keluar ke pintu utama mahkamah menuju ke pagar.

Artikel Berkaitan: