Kes baharu Covid-19 turun kepada 3,108

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jangkitan harian Covid-19 dalam negara kembali turun ke paras 3,000 apabila 3,108 kes baharu dicatatkan hari ini berbanding 4,083 kes semalam.

Kali terakhir kes harian Covid-19 merekodkan angka pada paras 3,000 kes adalah pada 13 Disember lepas iaitu 3,504 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, hanya 57 kes atau 1.8 peratus dalam kategori tiga, empat dan lima manakala 3,051 kes lagi adalah kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan mengenai situasi Covid-19 pada Ahad.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit Covid-19 tidak bergejala serta bergejala ringan, manakala kategori tiga, empat dan lima pula ialah pesakit sama ada mengalami radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen atau alat bantuan pernafasan.

Bagi kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 3,701 kes dicatatkan menjadikan keseluruhan kes pulih kini 2,634,381, manakala 390 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 211 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham memaklumkan dua kluster baharu dikesan hari ini dan jumlah kluster masih aktif adalah 252.

Selain itu, beliau berkata nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) di Malaysia setakat semalam adalah 0.91. - Bernama

Artikel Berkaitan: