Hanya laluan lebuh raya dari Genting ke Gombak boleh dilalui

Keadaan di kilometer 69.5 Karak-Bentong dalam kejadian tanah runtuh ketika tinjauan di Lebuhraya Pantai Timur hari ini. Foto Bernama
Keadaan di kilometer 69.5 Karak-Bentong dalam kejadian tanah runtuh ketika tinjauan di Lebuhraya Pantai Timur hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Genting menghala ke Gombak boleh dilalui manakala semua jalan lain terhalang iaitu selepas Kilometer 66, sehingga jam 9 pagi Ahad.

Anih Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia berikutan banjir dan tanah runtuh di sepanjang KLK dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) susulan hujan lebat yang berterusan sejak Sabtu.

Kenyataan itu turut menyebut, kebanyakan laluan masih terhalang dan pengguna boleh mendapatkan info semasa laluan alternatif menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang.

Kenyataan media Anih Berhad pada Ahad
Kenyataan media Anih Berhad pada Ahad

“Kerja-kerja membaik pulih kawasan terjejas akan dilakukan segera bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya.

“Mangsa yang terkandas di lebuh raya juga akan diberi bantuan sewajarnya oleh petugas seperti makanan dan minuman.

“Bersama-sama panjatkan doa supaya banjir di negeri lain pulih sepenuhnya,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Orang ramai boleh mengikuti laman rasmi media sosial LLM atau Anih Berhad di Twitter @LLMTrafik, @LPTTrafik dan Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia atau Lebuh Raya Pantai Timur.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, boleh hubungi hotline LLM di 1-800-88-7752 dan LPT- Line di 09-5469111/1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.