Lingkup semua kerusi, PKR Sarawak dakwa PRN12 tidak adil

Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Sarawak dalam kenyataan berkata, GPS jelas percepatkan pilihan raya bagi mengelak Undi18 sekali gus memastikan monopoli berterusan GPS.
Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Sarawak dalam kenyataan berkata, GPS jelas percepatkan pilihan raya bagi mengelak Undi18 sekali gus memastikan monopoli berterusan GPS.
A
A
A

KUCHING - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mendakwa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) dilaksanakan secara tidak adil, bersih dan benar-benar bebas.

Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Sarawak dalam kenyataan pada Ahad berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) jelas mempercepatkan pilihan raya bagi mengelak Undi18 sekali gus memastikan monopoli berterusan GPS.

Menurutnya, langkah ini menyebabkan kira-kira 150,000 pengundi berumur 18 hingga 21 tahun tidak berpeluang mengundi selain 500,000 pengundi baru yang didaftar melalui pendaftaran automatik juga tidak dapat menjalankan tanggunjawab itu.

"Lebih 250,000 pengundi Sarawak yang bekerja dan belajar di Semenanjung Malaysia tidak dapat pulang mengundi kerana tiket penerbangan mahal.

“Isu pandemik Covid-19 dan pilihan raya yang dijalankan pada Sabtu dan bukan Ahad merumitkan lagi situasi dan menyumbang kepada bilangan pengundi yang rendah.

“Beberapa tempat, pengundi terpaksa mengambil pengangkutan udara, jalan dan air untuk sampai ke kampung dan kawasan mengundi. Ini juga antara penghalang pengundi keluar mengundi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: GPS menang majoriti mudah, bentuk kerajaan negeri: SPR

Kemenangan besar GPS kemenangan rakyat Sarawak: Abang Johari

Artikel Berkaitan:

PKR turut mendakwa kegagalan kerajaan GPS memastikan capaian internet yang stabil di sebahagian besar lokasi luar bandar menyebabkan kempen secara maya tidak efektif.

Selain itu katanya, jelas politik wang masih berleluasa dalam arena politik Sarawak.

PRN12 yang berakhir semalam menyaksikan PKR tewas di semua 28 kerusi yang ditandingi.

Pada PRN 2016, PKR menang tiga kerusi iaitu Batu Lintang, Ba’kelalan dan Krian namun kesemua penyandangnya keluar daripada parti.