Lima laluan di Kuala Lumpur ditutup, dilencongkan

Anggota JSPT Kuala Lumpur sedang memantau keadaan di Jalan Tuanku Sultan Abdul Halim.
Anggota JSPT Kuala Lumpur sedang memantau keadaan di Jalan Tuanku Sultan Abdul Halim.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima laluan ditutup dan dilencongkan susulan hujan lebat serta banjir di sekitar bandaraya Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, antara laluan ditutup itu adalah Jalan Tuanku Sultan Abdul Halim, Jalan Rahmat, Jalan Sentul Manis dan Jalan Pahang Barat.

"Terowong Smart turut ditutup, pengguna di nasihatkan menggunakan Jalan Tun Razak untuk ke pusat bandar," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata, proses pembersihan jalan sedang giat dijalankan.

"Kami menasihati pengguna jalan raya agar mengelakkan daripada menggunakan atau melalui jalan yang terlibat dengan lencongan dan penutupan serta patuhi arahan anggota polis yang bertugas bagi memastikan keadaan lalu lintas sentiasa lancar dan terkawal.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee di talian 03 – 2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03 – 20260267/69 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran," katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian di pusat bandar mendapati keadaan banjir telah surut sepenuhnya.

Pada Ahad, media melaporkan sebahagian besar laluan utama di sekitar pusat bandar raya dinaiki air bermula malam tadi.

Artikel Berkaitan: