Banjir di sekitar Shah Alam belum pulih

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Banjir di sekitar Shah Alam belum menunjukkan sebarang perubahan pada ketika ini.

Tinjauan Sinar Harian pada 8 pagi Ahad di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), kenderaan menuju ke Kota Kemuning diarahkan berpatah balik ekoran banjir di lebuhraya itu berhampiran Aeon Big di Seksyen 23 di sini.

No Image Caption

Bulatan Jubli Perak di bawah jejambat lebuhraya itu turut dipenuhi air sehingga mengakibatkan beberapa buah kereta rosak.

Di kawasan penduduk di Seksyen 24 pula air naik sehingga ke paras pinggang.

Blok 54 sehingga Blok 59 paling teruk terjejas sehingga mengakibatkan puluhan kenderaan tersadai di dalam banjir.

No Image Caption


Artikel Berkaitan:

No Image Caption


No Image Caption