Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 261 orang

Laporan Sinar Harian pada Sabtu
Laporan Sinar Harian pada Sabtu
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu setakat jam 8 pagi Ahad dilaporkan meningkat kepada 261 orang berbanding 248 pada Sabtu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataan berkata, semua mangsa dari 88 keluarga itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Dungun.

Katanya, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Minda mula diaktifkan kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu dan seramai 13 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di sana.

"Seramai 177 mangsa lagi berada di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja manakala Dewan Serbaguna Kampung Shukur pula menempatkan 21 keluarga melibatkan 71 mangsa," katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu sehingga jam 8 pagi ini melaporkan, sebuah stesen mengukur paras sungai di Kemaman iaitu stesen Kampung Tebak mencatatkan bacaan melepasi tahap bahaya iaitu 18.50 meter.

Lima stesen lain pula iaitu Kampung Air Putih, Paya Paman di Kemaman dan Pasir Raja, Kuala Jengai dan Jambatan Jerangau di Dungun merekodkan bacaan melepasi paras amaran.

"Dua stesen lagi iaitu di Kampung Ban Ho, Kemaman dan Kampung Bukit, Setiu pula melepasi paras waspada dengan masing-masing bacaan 17.27 meter dan 11.99 meter," katanya.

Artikel Berkaitan: