Kes Khashoggi: Pengarah CIA beri taklimat

Gina Haspel
Gina Haspel
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Gina Haspel dilaporkan akan memberikan taklimat tertutup kepada beberapa jawatankuasa Senat Amerika Syarikat hari ini mengenai pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Menurut sumber, Haspel akan memberi taklimat kepada pemimpin Republikan dan Demokrat jawatankuasa Hubungan Luar Senat, Perkhidmatan Bersenjata dan Peruntukan, manakala Jawatankuasa Perisikan Senat telah diberi penerangan.

Pemimpin Senat juga dikatakan akan mengambil bahagian dalam taklimat yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi waktu tempatan.

Terdahulu, beberapa ahli perundangan berang kerana Haspel tidak terbabit dalam taklimat Senat oleh pegawai pentadbiran Presiden Donald Trump minggu lalu berhubung pembunuhan kolumnis Washington Post itu di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Putera Mahkota Arab Saudi tidak terlibat]

Pada taklimat tersebut, Setiausaha Negara, Mike Pompeo dan Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis, berkata tiada bukti kukuh menunjukkan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman mendalangi pembunuhan, dan menggesa senator tidak menjejaskan hubungan dengan negara Arab berkenaan.- Reuters

Artikel Berkaitan: