X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Agong berkenan tinjau suasana banjir di ibu kota

Tuanku berkenan menuruni kenderaan dalam keadaan hujan di jalan susur menghala ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan meredah banjir bagi melihat sendiri situasi di sekitar kawasan tersebut.
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat meninjau situasi banjir di ibu kota susulan hujan lebat yang melanda lebih 24 jam lalu.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu memaklumkan, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menuruni kenderaan dalam keadaan hujan di jalan susur menghala ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi di sekitar kawasan tersebut.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat tanpa mengira tempat, masa dan cuaca,” menurutnya.

Tuanku berkenan menuruni kenderaan dalam keadaan hujan di jalan susur menghala ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan meredah banjir bagi melihat sendiri situasi di sekitar kawasan tersebut.
Tuanku berkenan menuruni kenderaan dalam keadaan hujan di jalan susur menghala ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan meredah banjir bagi melihat sendiri situasi di sekitar kawasan tersebut.

Berdasarkan laporan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 1 pagi Ahad seramai 12,271 mangsa banjir direkodkan di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dengan 204 PPS dibuka.

Sejak semalam, hujan lebat secara berterusan yang melanda Lembah Klang menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir sehingga mengakibatkan penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) yang berdekatan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!