Bas henti perjalanan susulan laporan tanah runtuh di Lebuhraya Karak

Beberapa netizen melaporkan berlaku tanah runtuh di Kilometer 62.9 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong.
Beberapa netizen melaporkan berlaku tanah runtuh di Kilometer 62.9 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong.
A
A
A

KOTA BHARU - Semua bas dari Kelantan yang menuju ke Kuala Lumpur mengambil keputusan tidak meneruskan perjalanan susulan laporan tanah runtuh di Lebuhraya Karak.

Difahamkan kebanyakan pemandu bas mengambil keputusan untuk berhenti di Gua Musang sehingga mendapat maklumat laluan ke ibu kota tidak mengalami sebarang gangguan.

Menurut seorang penumpang yang dikenali sebagai Syamsul berkata, pemandu bas telah memaklumkan perkara itu kepada semua penumpang.

"Kami sekarang berada di hentian rehat dan rawat Gua Musang dan dimaklumkan bas tidak akan meneruskan perjalanan sehingga esok," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, beberapa netizen melaporkan berlaku tanah runtuh di Kilometer 62.9 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong.

Antara yang turut terlibat ialah pelakon, Fizo Omar yang memuat naik satu video yang mengatakan beliau terkandas bersama pengguna jalan raya yang lain.

"Tanah runtuh di highway karak menghala ke KL.

"Semua kereta stuck kat sini, nak patah balik ke Karak pun tak boleh sebab banjir air dah mula cross jalan dan tidak lepas untuk kenderaan.

Artikel Berkaitan:

"Sesiapa yang plan untuk ke KL melalui karak highway ni sila KIV dulu memang tidak lepas," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Bagaimana, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa