Air Empangan Klang Gate dilepaskan secara berperingkat

Polis Daerah Ampang Jaya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan susulan tindakan proses pelepasan air dari Empangan Klang Gate Hulu Kelang yang dilaporkan melepasi tahap bahaya. - Foto hiasan
Polis Daerah Ampang Jaya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan susulan tindakan proses pelepasan air dari Empangan Klang Gate Hulu Kelang yang dilaporkan melepasi tahap bahaya. - Foto hiasan
A
A
A

AMPANG - Polis Daerah Ampang Jaya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan susulan tindakan proses pelepasan air dari Empangan Klang Gate Hulu Kelang yang dilaporkan melepasi tahap bahaya.

Setakat ini sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, seramai lima pegawai dan 32 anggota dari Balai Polis Melawati, Balai Polis Hulu Kelang, Balai Polis Ampang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah bersiap siaga.

"Semua pegawai dan anggota itu akan terbabit dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya di Taman Melawati dan kawasan berhampiran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mohamad Farouk berkata proses pertama pelepasan air dilakukan pada jam 11.50 malam.

"Saya meminta orang ramai untuk tidak panik dan pelaksanaan proses melepaskan air empangan dilaksanakan secara berhati-hati mengikut prosedur ditetapkan," katanya.

Menurutnya, jika berlaku kejadian yang tidak diingini, semua pegawai dan anggota akan segera dikerahkan pada bila-bila masa untuk bantuan kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya.

"Saya menegaskan bahawa nyawa dan keselamatan diri serta keluarga orang ramai menjadi keutamaan," katanya.

Artikel Berkaitan: