Khidmat Malaysia buka operasi bilik gerakan info bencana

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

KHIDMAT Malaysia mengambil perhatian serius terhadap perkembangan bencana banjir yang sedang dihadapi oleh negara ketika ini. Setakat hari ini, terdapat banyak tempat di seluruh negara yang dinaiki air.

Menurut Pengerusi Khidmat Malaysia, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, Khidmat Malaysia (KM) akan mengadakan Mesyuarat Khas untuk membincangkan tindakan pantas yang perlu diambil rentetan banjir melanda dengan kadar segera.

"Alhamdulillah pelbagai agensi dan jabatan kerajaan bersama Khidmat Malaysia (KM) dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) di semua negeri tidak henti-henti menghulurkan bantuan dan sokongan dalam membantu mangsa-mangsa banjir termasuklah membantu memindahkan mereka ke pusat perpindahan sementara (PPS)," ujarnya.

Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) di bawah KM telah beroperasi 24jam yang diketuai oleh Pengarah Bilik Gerakan, Mohd Ashrul Hisyam Abdul Jalil (019-9538531) dan arahan kepada anggota KM negeri juga diberikan untuk membuka Bilik Gerakan di setiap negeri.

Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Maksudnya: “Ya ALLAH! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya ALLAH! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” - Riwayat al-Bukhari (1014)

"Saya ingin berpesan kepada semua agar berwaspada ketika di musim hujan. Elakkan untuk keluar rumah dan jika kawasan anda dilanda banjir, pantaulah keselamatan ahli keluarga dan jiran tetangga. Patuhi SOP dan arahan pihak berkuasa semasa banjir dan semasa berada di PPS.

Artikel Berkaitan:

"Jangan lupa jaga kesihatan dan kebersihan sepanjang berada di PPS serta segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan," katanya.

Muat turun aplikasi InfoBencanaJKM untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai pusat permindahan sementara (PPS) serta status keadaan semasa bencana di seluruh Negara.

"Semoga kita semua dilindungi dan dipermudah urusan oleh ALLAH," ujarnya.