Pencemaran kimia: Pasukan petugas khas ditubuh - MB

Osman mengumumkan demikian pada sidang media, di sini, sebentar tadi.
Osman mengumumkan demikian pada sidang media, di sini, sebentar tadi.
A
A
A

PASIR GUDANG - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian hari ini mengumumkan penubuhan segera pasukan petugas khas (task force) bagi menyiasat isu pencemaran sisa gas kimia berbahaya di Sungai Kim Kim, di sini.

Beliau berkata, pasukan itu telah memulakan kerja-kerja siasatan berhubung bencana ini.

"Saya memberi kuasa penuh kepada mereka (petugas khas) mengkaji setiap aspek kes agar dalang yang bertanggungjawab dalam kes ini dibawa ke muka pengadilan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Suspek utama pencemaran sisa kimia didakwa esok

'Masih terngiang-ngiang gurauan, pelukan Affa'

"Pasukan itu melibatkan beberapa agensi berkaitan bagi menyiasat punca sebenar pencemaran berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), hari ini.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersama barisan Exco.

Dalam pada itu, beliau juga mengaktifkan pusat pengurusan bencana negeri yang melibatkan semua pihak keselamatan, kesihatan, penguatkuasaan bagi mengurus, melaksanakan kerja-kerja kawalan pemantauan

"Pasukan ini beroperasi 24 jam tanpa henti memantau, melaksanakan kerja-kerja kawalan. Jawatankuasa bertindak akan mengkoordinasikan kerja-kerja kawalan pencemaran dan langkah segera dapat diambil.

"Antara agensi terlibat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba, jabatan kesihatan dan agensi berkaitan," katanya.

Selain itu, Osman juga meluluskan peruntukan bantuan kecemasan berjumlah RM6.4 juta sebagai bantuan segera bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk pemberian kepada mangsa terlibat.

Sementara itu, Osman turut mengingatkan kepada orang ramai agar tidak membuat spekulasi hingga menimbulkan suasana cemas dalam kalangan masyarakat.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar bertenang beri kerjasama, keyakinan penuh pihak berkuasa untuk mengurus bencana ini dengan cepat, cekap dan selamat.

"Pihak kami sentiasa peka dan siap siaga sebarang perkembangan yang boleh memberi kesan kepada rakyat.

"Jangan membuat spekulasi, informasi yang salah hingga menimbulkan suasana cemas dalam kalangan masyarakat," katanya.

Sidang Media Menteri Besar Johor: Isu Pencemaran Bahan Kimia di Pasir Gudang Ikuti laporan penuh di https://www.sinarharian.com.my/article/17867/EDISI/Johor/Pencemaran-kimia-Pasukan-petugas-khas-ditubuh-MB

Posted by Sinar Harian on Wednesday, March 13, 2019