PDRM kerah 23,000 pegawai, anggota serta aset bantu mangsa banjir

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga untuk menggerakkan 23,090 pegawai dan anggotanya di seluruh negara bagi memberi bantuan berikutan bencana banjir.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah pegawai dan anggota yang akan dikerahkan itu adalah sebagai bantuan tambahan kepada kekuatan sedia ada di kontinjen negeri.

"Seramai 3,454 pegawai dan anggota daripada keseluruhan 23,090 digerakkan dalam menangani situasi semasa keadaan banjir dan bencana di beberapa lokasi di Selangor.

"Selain itu, PDRM turut menyediakan 369 unit bot dan enjin, 36 unit jet ski, 437 buah lori dan 1,409 unit kenderaan pacuan empat roda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.

Acryl Sani berkata, keutamaan paling penting pada masa ini adalah keselamatan mangsa-mangsa banjir sama ada bagi tujuan pemindahan ke kawasan selamat, mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam di samping mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: