[VIDEO] PRN Sarawak: GPS capai majoriti mudah bentuk kerajaan negeri

Gabungan Parti Sarawak (GPS) -Foto Bernama
Gabungan Parti Sarawak (GPS) -Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara rasmi telah berjaya memenangi 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12), jumlah kerusi minimum untuk membentuk kerajaan negeri.

Setakat jam 8.45 malam Sabtu, 45 kerusi dimenangi pakatan itu termasuklah di kerusi DUN Gedong yang ditandingi Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut memenangi kerusi mereka di Bukit Sari dan Bukit Saban.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

PRN Sarawak kali ini menyaksikan 13 pertandingan tiga penjuru, 33 empat penjuru, 24 lima penjuru, tujuh pertembungan enam penjuru, satu persaingan lapan penjuru dan empat satu lawan satu.

Artikel Berkaitan: