‘Abang berhenti turun nak bantu, nampak seorang dah meninggal’

Nahas membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.
Nahas membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengguna jalan raya berkongsi kisah mengenai kemalangan yang mengorbankan 10 mangsa di Kilometer 8.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam pada lewat malam Jumaat

Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita dewasa manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Seorang pengguna jalan raya itu berkata, dia kebetulan melalui kawasan berkenaan dan insiden itu berlaku sekitar jam 11.30 malam membabitkan tiga buah kereta dirempuh sebuah treler di laluan kecemasan.

Melihat insiden tersebut, dia mengambil keputusan untuk membantu mangsa kemalangan itu dan melihat seorang sudah meninggal dunia di bahu jalan, manakala seorang lagi cedera ringan.

“Abang pun berhenti turun nak bantu...Nampak seorang dah meninggal di bahu jalan, lepas tu ada perempuan atas jalan cedera ringan.

“Abang pergi dekat lori (treler) besar ni nampak ada kereta kat bawah dia, abang tak nampak orang dalam kereta dah hancur. Datang satu abang ni menangis dan minta tolong selamatkan isteri dan anaknya. Langsung lembik lutut abang dengar.

“Abang peluk abang tu, abang cakap sabar dan pujuk pelan-pelan ajak dia duduk tepi bertenang, selawat...dia sedih, duk ulang-ulang panggil anak isteri... terus abang tak kuat, abang tanya budak-budak lain cakap ambulan, polis dengan bomba dah panggil dah,” kongsinya di Facebook menggunakan nama Oh Sedap Ker pada Sabtu.

Mengulas lanjut kisah insiden yang berlaku itu, dia turut melihat pemandu treler pasir berkenaan membawa isteri dan dua anak.

Artikel Berkaitan:

“Dia (pemandu treler) takut dah. Abang cakap ambik anak-anak duduk tepi dulu. Dalam hati ada rasa geram. Ada dua pomen (mekanik), yang mana seorang meninggal, seorang lagi pergelangan kaki pecah. Meninggal tengah buat kebajikan.

“Insya-ALLAH husnul khotimah. Semoga ALLAH tempatkan roh mereka dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.