X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

LZS tanggung kos urus jenazah 9 beranak maut nahas

Keadaan kemalangan membabitkan empat yang mengorbankan 10 nyawa di kawasan R&R USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menanggung sepenuhnya kos pengurusan jenazah sembilan beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah Shah Alam pada Jumaat.

LZS dalam kenyataannya memaklumkan, salah seorang mangsa kemalangan merupakan penerima bantuan zakat Selangor.

"Hilang sembilan ahli keluarga sekelip mata merupakan dugaan terbesar buat ketua keluarga ini yang sedang dirawat di hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

LZS memberitahu, semua jenazah masih berada di Hospital Shah Alam.

"Pengurusan jenazah sedang diuruskan oleh Unit Agama Hospital Shah Alam dan segala kos yang berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh Zakat Selangor.

"Zakat Selangor mengucapkan takziah kepada waris keluarga dan semoga ALLAH merahmati roh mereka semua," kata kenyataan itu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, 10 maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di lorong kecemasan Kilometer 8.3 Lebuhraya Elite menghala ke Shah Alam berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantu rakan baiki kereta sebelum terkorban kemalangan

Kereta dinaiki 9 beranak maut dirempuh treler ketika 'jumper' bateri

Pemandu treler terbabit nahas korban 10 mangsa direman

Mangsa maut terdiri daripada lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan masing-masing satu lelaki serta perempuan dewasa.

Kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!