MOA, Bioeconomy Corp kerjasama anjur Biousahawan 2019

Salahuddin Ayub. - Foto Mohd Izari Rosli
Salahuddin Ayub. - Foto Mohd Izari Rosli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Malaysian dan Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) akan bekerjasama menganjurkan Biousahawan 2019 pada 15 dan 16 Mac ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, acara itu diadakan bagi memperkasakan lagi usahawan agroteknologi dan bioteknologi selari dengan hala tuju kementerian berkenaan.

Jelasnya lagi, Biousahawan 2019 juga turut menyediakan platform strategik untuk usahawan tempatan, syarikat permulaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat lain untuk berdagang dan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

“Kami ingin mencipta agropreneur moden dan kompetitif yang dapat mempelbagaikan keluaran pertanian, menghasilkan produk bernilai tinggi dan yang paling penting meningkatkan pendapatan tahunan mereka.

“Bagi mewujudkan usahawan yang maju dan kompetitif di Malaysia, kementerian telah menetapkan sasaran jualan tahunan sebanyak RM900 juta oleh usahawan asas tani bagi tahun ini.

“Justeru, Biousahawan 2019 ini merupakan landasan penting untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan sasaran keusahawanan negara,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp, Dr Shuhaizam Mohd Zain.

Dalam pada itu, selain daripada pameran dan perniagaan, acara yang akan berlangsung selama dua hari itu akan menampilkan pertukaran dokumen, pelancaran produk, pemadaman perniagaan, pembentangan idea perniagaan dan peluang pembiayaan serta sesi panel.

Artikel Berkaitan:

Antara penaja yang akan mengambil bahagian dalam acara itu adalah Selangor Bio Bay, Leave A Nest dan Medkad, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Orizon Screens dan pelbagai lagi.