[LIVE] 37 mangsa banjir di Kemaman dibenarkan pulang

Antara kawasan terjejas akibat banjir di Dungun. - Foto ihsan APM
Antara kawasan terjejas akibat banjir di Dungun. - Foto ihsan APM
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Seramai 37 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sivik Air Putih, Kemaman dibenarkan pulang selepas PPS itu ditutup jam 4 petang, pada Sabtu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataan berkata, ia menjadikan jumlah mangsa banjir di Terengganu seramai 248 orang yang masih ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Dungun.

Katanya, sebanyak 85 buah keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukur di Dungun sehingga jam 4 petang pada Sabtu.

"Keadaan cuaca ketika ini mendung dan terdapat hujan di beberapa tempat manakala beberapa lembangan sungai utama menunjukkan trend mendatar," menurut menyataan tersebut.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu melaporkan sehingga jam 4 petang, empat stesen sungai Terengganu iaitu di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras amaran dengan bacaan 38.28 meter (m) dan 20.32 m.

Dua lagi stesen bacaan iaitu di Kampung Menerong di Hulu Terengganu dan Kg Bukit di Setiu masing-masing melebihi paras amaran iaitu 24.45 m dan 12.17 m.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 135 orang

Hujan berterusan, beberapa negeri dilanda banjir

Artikel Berkaitan: