X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Pemandu treler terbabit nahas korban 10 mangsa direman

Keadaan kereta yang remuk dirempuh treler dalam kemalangan
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan 10 mangsa di Kilometer 8.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah Shah Alam pada awal pagi Sabtu telah ditahan reman.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, lelaki berusia 37 tahun berkenaan direman selama empat hari bermula Sabtu untuk membantu siasatan.

"Permohonan reman ke atas pemandu treler itu dibenarkan bermula hari ini hingga 21 Disember depan.

"Hasil ujian alkohol dan air kencing ke atas lelaki berkenaan didapati negatif," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian melibatkan treler dan tiga kenderaan itu berlaku pada jam 12.09 tengah malam Sabtu.

"Treler itu dipercayai merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan ekoran salah satu daripadanya mengalami kerosakan.

"Dua kereta lain ketika itu berhenti untuk memberi bantuan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 maut kemalangan babit tiga kereta, sebuah treler

Bomba kenal pasti 10 identiti mangsa maut

Kereta dinaiki 9 beranak maut dirempuh treler ketika 'jumper' bateri

Menurutnya, seramai 10 mangsa berusia antara 10 bulan hingga 37 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lelaki dan wanita tempatan mengalami cedera ringan.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Subang Jaya, Asisten Superintendan Lim Chin Huat di talian 012-2018080 untuk membantu siasatan.

Kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Banyak kali hubungi anak, akhirnya bomba jawab'


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!