Covid-19: Rakyat jangan alpa walau kes baharu semakin menurun

Ismail Sabri menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini. -Foto Bernama
Ismail Sabri menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

BERA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat untuk tidak alpa walaupun kes baharu Covid-19 mula menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini, berbanding puluhan ribu kes semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Beliau berkata, semua rakyat perlu menyedari situasi Covid-19 di Malaysia masih ‘belum pulih dan belum selamat’, walaupun jumlah kes baharu sudah berjaya diturunkan menerusi pelbagai kaedah termasuk vaksinasi dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengurangkan penularan jangkitan baharu.

“Semasa pengumuman PKP pertama jumlah kes ialah ratusan dan saya telah berjanji kepada rakyat bahawa bila kita membuka semula negara, buka semula peluang perniagaan, kita tidak akan tutup semula. Sebab itu yang boleh pastikan PKP tidak diperkenalkan semula ialah kita sendiri dengan mematuhi SOP.

“Kerajaan sudah berjanji tidak akan ada PKP seperti dahulu, tetapi kalau kes tiba-tiba meningkat disebabkan varian baharu ini, mungkin sukar untuk kita mengekalkan keadaan ini,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) khususnya pemakaian pelitup muka dan tidak berada dalam kawasan sesak perlu terus dipraktikkan terutamanya selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes kedua varian Omicron di Malaysia, baru-baru ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: