Bomba kenal pasti 10 identiti mangsa maut

Kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat.
Kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sudah mengenal pasti 10 identiti individu maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam pada Jumaat.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, identiti mangsa yang meninggal dunia itu termasuk seorang ibu dan lapan anak.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Norul Naziah Buyong, 37, Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17, Razatul Aliah, 16, Puteri Hidayah, 12, dan Muhamad Aizat Syazwan,10.

Katanya, mangsa lain yang terkorban ialah Muhamad Rolkaizat Rezky, 9, Muhamad Hidayat Hakimie, 7, Puteri Nur Ain Syalwana, 3 dan Muhammad Raid Fathi berusia 10 bulan.

"Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia dikenali Mohamad Rahimi Rolex, 27.

"Empat mangsa yang cedera pula ialah Abd Razak Majit, 50, Ihyat Sufi Shokip, 20, Mimie Nafiesa Abdullah, 19 dan Ummi Nasuha Annuwar, 20.

"Pemandu lori berusia 45 tahun bersama dua anak masing-masing berusia 19 dan 14 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, 10 maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Mangsa maut terdiri daripada lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan masing-masing seorang lelaki serta wanita.

Kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.