'Sungai Kelantan hanya keruh, tiada toksik'

Sebelum ini, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, Kelantan, Pahang, Kedah dan Perak antara negeri yang mempunyai kadar pencemaran sungai paling tinggi.
Sebelum ini, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, Kelantan, Pahang, Kedah dan Perak antara negeri yang mempunyai kadar pencemaran sungai paling tinggi.
A
A
A

KOTA BHARU – Sungai Kelantan hanya keruh, bukan tercemar sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya, kerajaan negeri maklum dengan perkara tersebut dan telah mengambil tindakan yang sewajarnya melibatkan kerjasama beberapa agensi yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah dan Galian.

“Saya dapat maklumat berbeza, Sungai Kelantan ini bukan dalam istilah tercemar. Tercemar ini dengan sisa toksik dan sebagainya, sekali gus airnya tidak sesuai untuk diminum.

“Tapi di Kelantan ini isunya air keruh, tapi air bukan tercemar, puncanya hakisan dan macam-macam, mungkin sebab pasir, kegiatan pertanian dan ladang kita.

"Bukan tercemar macam negeri lain, memang air kita keruh sahaja tapi masih selamat untuk diminum (tiada toksik),” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Sebelum ini, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, Kelantan, Pahang, Kedah dan Perak antara negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai kadar pencemaran sungai paling tinggi akibat aktiviti pembalakan untuk tujuan pembukaan kawasan baharu.

Artikel Berkaitan: