Kawal saiz perkhidmatan: Penjawat awam tak diberhentikan

Risalah penerangan kaedah kawal saiz perkhidmatan.
Risalah penerangan kaedah kawal saiz perkhidmatan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan kawalan saiz perkhidmatan awam bagi tempoh tiga tahun mulai 2019 hingga 2021 tidak melibatkan pemberhentian penjawat awam (pengisian sedia ada).

Menurutnya, ia hanya hanya melibatkan jawatan yang tidak diisi (perjawatan) melebihi tempoh dua tahun.

“Pelaksanaan kaedah kawalan saiz perkhidmatan awam adalah melalui penswastaan, penyusunan semula perjawatan dan serah urus fungsi.

“Ia juga melalui penyampaian perkhidmatan alternatif, automasi serta pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa kerajaan akan memastikan penjawat awam disediakan peluang pekerjaan di sektor ekonomi lain sebelum pengecilan saiz perkhidmatan dilakukan.

Menurutnya, pengecilan saiz perkhidmatan awam juga tidak bermaksud berlakunya pengurangan peluang pekerjaan terutama apabila penswastaan dilaksanakan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang bertanyakan apakah rasional cadangan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini di Parlimen, semalam.

Mengulas lanjut, kenyataan tersebut turut berkata, perlaksanaan tersebut tidak memberi implikasi pengisian jawatan bagi sektor kritikal seperti kesihatan, pendidikan dan keselamatan.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, proses penggantian pegawai yang berpencen masih diteruskan.

“Kawalan saiz perkhidmatan awam dilaksana bagi memastikan sumber manusia dapat dioptimumkan,” katanya.