Budak 5 tahun pandu kereta untuk beli mainan adik

Gambar fail menunjukkan sebuah kedai permainan kanak-kanak di Kanada. - Foto Camelot Kids
Gambar fail menunjukkan sebuah kedai permainan kanak-kanak di Kanada. - Foto Camelot Kids
A
A
A

OTTAWA - Seorang budak lelaki berusia lima tahun di Ontario, Kanada memandu sebuah kereta milik keluarganya bagi membeli mainan baharu untuk adik perempuannya di sebuah kedai baru-baru ini.

Bagaimanapun, tindakan budak lelaki tersebut menemui kegagalan apabila kereta yang dipandu itu tersangkut di sebuah ladang milik jirannya.

Polis Wilayah Ontario di Frontenac Tengah menerima panggilan pada jam 7.20 pagi baru-baru ini daripada seorang jiran yang melaporkan terdapat sebuah kereta mencurigakan di ladangnya.

Ketika anggota-anggota polis menghampiri kenderaan itu, mereka mendapati terdapat budak lelaki tersebut di tempat duduk pemandu.

Budak tersebut memberitahu anggota polis itu bahawa dia mahu pergi ke sebuah kedai dan membeli traktor mainan merah jambu untuk adiknya.

Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan tersebut dan kereta tersebut hanya mengalami kerosakan yang kecil.

Polis kemudian mengesahkan ibu bapa kanak-kanak itu tidak akan menghadapi sebarang tuduhan ekoran kejadian berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: