Wartawan Sinar Harian terima anugerah

Para pemenang merakamkan gambar bersama.
A
A

PETALING JAYA - Peranan Sinar Harian dalam melaporkan berita mendapat penghargaan apabila menerima anugerah pada Hari Apresiasi Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

Artikel bertajuk 'Dapat tampung jenazah 20 tahun' laporan wartawan Nor Azihan Md Ghazali memenangi tempat ketiga bagi kategori Anugerah Media Cetak.

Mengulas mengenai penganjuran majlis berkenaan, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata peranan media amat besar bagi memberi laporan yang tepat kepada masyarakat dalam memastikan mereka mendapat maklumat yang sahih serta mengetahui sebarang perkembangan terkini yang berlaku.

"Media dan MBPJ adalah rakan strategik malah hubungan ini perlu dikekalkan supaya segala maklumat dapat disalurkan kepada masyarakat serta pihak berkepentingan di Petaling Jaya," katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Azihan (kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Mohd Azizi
Azihan (kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Mohd Azizi

Mengulas lanjut, Mohd Azizi berkata perkembangan teknologi pada masa kini memberi cabaran buat MBPJ dalam memberi maklumat yang tepat kepada penduduk di bandaraya ini.

Disebabkan itu, beliau berkata hubungan baik bersama media perlu dikukuhkan dalam memastikan rakyat mendapat maklumat tepat bagi menggelakkan sebarang spekulasi tidak baik terhadap MBPJ.

"Zaman sekarang cabaran MBPJ amat hebat kerana maklumat mudah diperolehi pada masa kini dan disebabkan itu media perlu membantu dalam memberi pendedahan sebenar kepada masyarakat," katanya.