Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: UK sekali lagi catat kes tinggi akibat varian Omicron

Orang ramai berjalan melalui Pusat Bandar Liverpool ketika penularan penyakit Covid-19 di Liverpool, Britain pada Isnin. - Foto Reuters
Orang ramai berjalan melalui Pusat Bandar Liverpool ketika penularan penyakit Covid-19 di Liverpool, Britain pada Isnin. - Foto Reuters
A
A
A

LONDON - Kes baharu Covid-19 di Britain mencecah rekod tertinggi untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis.

Ketua Pegawai Perubatan England, Chris Whitty memberi amaran kemasukan ke hospital harian juga boleh mencecah kemuncak baharu disebabkan varian Omicron yang merebak pantas.

Britain melaporkan 88,376 jangkitan baharu, tertinggi sejak permulaan wabak itu dan meningkat sekitar 10,000 sejak rekod sebelumnya dicatatkan pada Rabu.

Whitty berkata, lonjakan kes memberi tekanan kepada perkhidmatan kesihatan yang bergelut dengan kekurangan kakitangan.

Omicron sangat mudah menular sehinggakan walaupun ia terbukti lebih ringan daripada varian lain, ia masih boleh menyebabkan lonjakan kemasukan ke hospital.

Bilangan orang yang dimasukkan ke hospital dengan Covid-19 ialah 4,583 yang direkodkan pada Januari.

Bagaimanapun beliau berkata, vaksinasi boleh mengurangkan bilangan dimasukkan ke rawatan rapi dan memendekkan masa rawatan di hospital.

Pada Khamis terdapat 849 kemasukan ke hospital.

Artikel Berkaitan:

Ketua Penasihat Perubatan di Agensi Keselamatan Kesihatan UK, Susan Hopkins berkata, terdapat 15 kes Omicron yang terbukti di hospital tetapi jumlah itu mungkin lebih tinggi.

Britain menggesa pengambilan dos penggalak vaksin yang akan mengurangkan risiko penyakit yang serius terhadap jangkitan Omicron.

Kerajaan juga telah menasihatkan orang ramai untuk bekerja dari rumah, mewajibkan memakai pelitup muka di tempat awam dan telah memperkenalkan pas Covid-19 untuk memasuki beberapa tempat dan acara di England. - Awani