Kes positif global lebih 272 juta, korban 5.33 juta

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.33 juta. - Foto Agensi
Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.33 juta. - Foto Agensi
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 272 juta.

Ini berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 50 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 22.2 juta kes.

United Kingdom mencatat lebih 11 juta kes dan Rusia dan Turki kini mencatat lebih 9 juta kes.

Perancis pula mencatat lebih lapan juta kes.

Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi lima juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Artikel Berkaitan:

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.7 juta kes, Thailand 2.1 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 274,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.33 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 803,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 617,000 kes, India lebih 476,000 kes, Mexico lebih 297,000 kes, sementara Rusia kini mencatat lebih 287,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 88,000 kes ialah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 50,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 21,000 angka korban. - Awani