Penyampai radio sukan, Ross Yusof meninggal dunia

Allahyarham Ross Yusof
Allahyarham Ross Yusof
A
A
A

PENYAMPAI sukan radio terkenal, Ross Yusof, 55, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di kediamannya di Petaling Jaya pada pagi Rabu.

Difahamkan, kejadian tersebut disedari anaknya, Kino yang sebelum itu memberitahu kawan bapanya bahawa dia terdengar arwah batuk seperti biasa.

Bagaimanapun, anaknya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum mendapati arwah dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri.

"Sukar melihat ucapan takziah yang diberikan kepada arwah ayah. Dia adalah ayah yang hebat kepada saya dan dia kelihatan seperti kawan yang baik untuk anda semua.

“Tolong jaga diri anda dan semoga suara ayah sentiasa kekal dalam radio dan sejarah komentar sukan tanah air,” tulis Kino dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Ross sangat dikenali sebagai seorang penyampai radio sukan yang digemari pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau memulakan kerjanya di Hitz FM dan Mix FM sebelum melebarkan sayap mengacarakan program bola sepak di BFM dan Stadium Astro.

Pemergian Ross turut mendapat perhatian orang ternama, antaranya penyanyi terkenal tahun 80-an, Francessca Peter yang bersedih atas kehilangan arwah yang disifatkan sebagai seorang lelaki budiman, lembut dan sangat sopan.

Artikel Berkaitan:

“Sedih mendengar pemergian Ross Yusof. Sudah lama mengenalinya. Seorang lelaki yang budiman, lembut dan sangat sopan. Tidak akan melupakannya walaupun kami jarang bersua. Takziah kepada ahli keluarganya,” ciapnya di Twitter.