Polis tahan suspek culik kanak-kanak

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dilarikan di Taman Teratai dan menyamun seorang lelaki orang kurang upaya ( OKU) di Stulang Laut pada Rabu.
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dilarikan di Taman Teratai dan menyamun seorang lelaki orang kurang upaya ( OKU) di Stulang Laut pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dilarikan di Taman Teratai dan menyamun seorang lelaki orang kurang upaya ( OKU) di Stulang Laut pada Rabu.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 4.45 petang di Kampung Kangkar Baru Yong Peng oleh pasukan khas dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Johor Bahru Selatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek telah melarikan kanak-kanak perempuan terbabit dengan menaiki sebuah kereta di hadapan rumahnya di Taman Teratai, Kangkar Pulai kira-kira jam 5.30 petang pada Selasa.

"Suspek kemudiannya membawa mangsa ke kawasan Stulang Laut dan melakukan samun sebanyak RM500 ke atas seorang lelaki OKU berusia lingkungan 20 tahun.

"Lelaki OKU itu turut diarahkan suspek untuk merakam amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan itu di dalam kereta yang dipandu suspek sebelum meninggalkan lelaki OKU terbabit di Jalan Stulang Laut dalam keadaan selamat, " katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Suspek yang melarikan kanak-kanak perempuan, lakukan amang seksual dan samun OKU ditahan di Yong Peng pada Rabu.
Suspek yang melarikan kanak-kanak perempuan, lakukan amang seksual dan samun OKU ditahan di Yong Peng pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Budak perempuan ditemui selepas enam jam diculik

Sementara itu, Ayob Khan berkata, kanak-kanak perempuan itu ditemui orang awam di hadapan kedai makan Kangkar Pulai dalam keadaan ketakutan serta trauma.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak ( ATSK) 2017 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan.