Sembilan maut kapal terbang terhempas

Tujuh penumpang dan dua anak kapal terbunuh pada Rabu apabila sebuah pesawat persendirian terhempas di ibu negara Republik Dominika. Foto twitter
Tujuh penumpang dan dua anak kapal terbunuh pada Rabu apabila sebuah pesawat persendirian terhempas di ibu negara Republik Dominika. Foto twitter
A
A
A

BOGOTA - Tujuh penumpang dan dua anak kapal terbunuh pada Rabu apabila sebuah pesawat persendirian terhempas di ibu negara Republik Dominika, Santo Domingo, menurut pihak berkuasa.

Kejadian itu berlaku 15 minit selepas pesawat itu berlepas ketika ia cuba membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Las Americas, lapor Agensi Anadolu.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa La Isabela menuju ke negeri Florida di Amerika Syarikat.

Enam daripada penumpang adalah warga asing dan seorang warga Dominika, kata pengendali pesawat itu, Helidosa Aviation Group, dalam satu kenyataan di Twitter.

Punca nahas masih belum diketahui. - Bernama

Artikel Berkaitan: