Gempa berukuran 5.6 landa timur Indonesia

Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia pada Khamis
Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia pada Khamis
A
A
A

JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia pada Khamis, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu.

Gempa itu berlaku pada 11:06 waktu Jakarta (0426 GMT), dengan pusat gempa berada di 163 kilometer (KM) barat daya daerah Maluku Barat Daya dan pada kedalaman 26 km di bawah dasar laut, lapor Xinhua memetik agensi itu.

Agensi itu tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami kerana gegaran tidak mencetuskan ombak gergasi atau tsunami. - Bernama

Artikel Berkaitan: