Larangan sambutan Tahun Baharu berskala besar

Khairy Jamaludin mengadakan sidang media ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto Bernama
Khairy Jamaludin mengadakan sidang media ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanapun, beliau berkata, sambutan Tahun Baharu dan Krismas secara kecil-kecilan dan persendirian dibenarkan buat masa ini dengan syarat, pengunjung perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum menghadiri sambutan tersebut.

"Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan.

"Tetapi buat masa ini sambutan Tahun Baharu dan Krismas bersama keluarga dan rakan-rakan adalah dibenarkan, katanya katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.

Artikel Berkaitan: