Sila log masuk terlebih dahulu.

42 pendatang tanpa izin gagal menyusup masuk Semporna

Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 42 pendatang tanpa izin (PATI) warga Filipina dengan menggunakan dua bot di perairan Semporna, Sabah pada Rabu.
Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 42 pendatang tanpa izin (PATI) warga Filipina dengan menggunakan dua bot di perairan Semporna, Sabah pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 42 pendatang tanpa izin (PATI) warga Filipina dengan menggunakan dua bot di perairan Semporna, Sabah, di sini pada Rabu.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot itu membawa 14 lelaki, 10 wanita, 10 kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan tanpa sebarang dokumen sah.

Beliau berkata terdahulu, pihaknya telah mengesan tiga bot dari Pulau Sitangkai, Filipina menuju ke Bangau-Bangau, Semporna melalui pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia, TRILAT 01.

TRILAT 01 kemudian melaporkan pengesanan tiga bot itu kepada Pusat Kawalan Maritim ( (Malaysia MCC) untuk tindakan lanjut.

“Kapal Diraja Baung yang berada berhampiran lokasi kejadian turut dihubungi oleh TRILAT 01 dan Pusat Operasi Wilayah Bersama ATB 2 (POWB ATB 2) untuk memantau ketiga-tiga bot itu.

“Kedua-dua bot itu bagaimanapun telah diusir keluar dari perairan Sabah. Susulan itu, Fast Interceptor Craft bersama Tim Pasukan Khas Laut di Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah telah digerakkan ke perairan Pulau Pom Pom bagi mengesan sebuah bot yang berjaya meloloskan diri.

“Bot berkenaan berjaya meloloskan daripada pasukan keselamatan dan dijangkakan telah berpatah balik ke sempadan antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, operasi sedemikian akan diteruskan bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan dan mengekang penularan wabak Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: