Van keselamatan disamun tiga lelaki

Samsor
Samsor
A
A
A

RAWANG - Enam pekerja syarikat keselamatan direman enam hari bagi membantu siasatan kes samun bersenjata van syarikat itu, semalam.

Mereka yang ditahan terdiri tiga petugas dan tiga rakan sekerja syarikat sama yang berada di lokasi sewaktu kejadian.

Dalam kejadian jam 8 malam di stesen minyak di Lebuhraya Utara Selatan arah utara, tiga suspek memakai helmet menyamun van tersebut dan melarikan wang tunai RM105,000.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Samsor Maarof berkata, enam lelaki berusia 25 hingga 59 tahun itu ditahan sehingga 18 Mac ini selepas permohonan reman dibenarkan Majistret Mahkamah Selayang.

"Bilik kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak telah menerima panggilan memaklumkan sebuah van keselamatan membawa duit telah disamun oleh tiga lelaki memakai helmet di stesen minyak Rawang arah utara.

"Suspek melarikan van tersebut bersama tiga petugas sejauh kira-kira 2 kilometer sebelum ditemukan di KM 438 arah utara," katanya.

Katanya, tiga lagi petugas keselamatan yang menyaksikan kejadian mengejar van itu dan menyelamatkan mangsa.

"Mangsa diselamatkan tiga rakan sekerja yang kebetulan melalui jalan sama terlihat kejadian samun sewaktu dalam perjalanan menuju arah utara," katanya.

Artikel Berkaitan: